Wednesday, 5 September 2012

hari ini

qiarisyadealeiya

hei....qiarisy hadir lagi... assalamualaikum..... auch... tangan laju nak menulis..... okeh2 idea sebenarnya tak banyak mane pon.... tapi memang terase nak menaip...oiiiii qiarisy... awak tak jemu-jemu lagi ker seharian menaip kat opis... hihi....

tarik nafas dalam...dalam...... hihihi biarkan.... jari ini terus menerus menari dengan gaya tersediri... lately... ramai rakan-rakan sebaya dan seusia aku yang dah pon selamat mendirikan masjid.... sungguh pantas mas berlalu... bagai semalam baru je main pondok-pondok hihi''...

untuk qiarisy?? okeh masenye masih belum tiba mungkin... masih banyak impian yang belum tertunai....masih ada yang perlu digapai....jadi... biarkan dulu rasa itu tersimpan di suatu sudut dan akan dihamburkan andai tiba saatnya nanti....

tengah hari tadi ada seorang rakan bertanya kepada sorang ustaz mengenai satu perkara yang qiarisy kira sangat sepadan dengan situasi yang sering diantara kita lalui...

persoalannya lebih kurang begini :

'ustaz macam mana kita nak tahu yang orang tu suka dengan kita atau tak (dalam erti kata lain suka berkawan dengan seikhlasnya atau hanya mahu mempergunakan kita sahaja)'

jadi ustaz pon dengan lebar senyuman, memberi pendapat yang qiarisy kira bagus untuk kita sebagai insan yang masih bertatih dalam kehidupan mengerti...

kata ustaz : kita tak perlu tahu orang suka berkawan dengan kita atau tidak, atau sebab apa dia sudi berkawan dengan kita,cukup sekadar kita sendiri mempunyai keikhlasan dalam persahabatan.

ya... mungkin jika kita tahu segala-galanya mungkin tiada kemisterian dalam kehidupan ini, dan mungkin andai kita tahu rahsia disebalik persahabatan itu kita, kita tidak pernah akan cuba menerokai sesuatu yang unik yang kita sendiri tidak ketahui.

bagi qiarisy, setiap orang mempunyai kisah silam sama ada baik atau buruk, manis atau pahit, masam atau masin.... setiap kisah pasti akan ada cerita tersendiri bukan?? jadi tidak seharusnya kisah silam yang buruk mencerminkan diri sesorang itu juga buruk tatkala saat ini... pemikiran yang kritis untuk kita rungkaikan jika itu yang ada didalam pemikiran setiap individu. kita semua manusia yang punya kekhilafan sendiri. yang menentukan siapa kita pada qiarisy bukanlah siapa dia sebelum ini, apa kisah silamnya sebelum ini tapi siapa kita sekarang..masih sama seperti dahulu? atau sudah meningkat ke aarah fasa yang lebih baik.


note: wink* qiarisy ohhhh qiarisy... awak melalut lagi..... ehem... ya.... melalut sendiri lebih bagus daripada mengumpat keji.... dari mengumpat timbul fitnah...dari fitnah timbul hasad dengki..kemudian datanglah lah pula amarah........itu lah kerjanya si nates.... minta dijauhkan dalam kehidupan seharian kita semua kan....

-hidup yang terbaik adalah hidup yang sentiasa mencari keberkatan dalam kamus perjalanan kehidupannya walaupun dahulu dia adalah seorang yang buruk masa lampaunya, kelam dahulunya....betul??-

No comments:

Post a Comment