Tuesday 25 September 2012

kesan itu

qiarisyadealeiya

kesan dari itu, kosmo 21 september 2012, muka depan.....

aku sampai sekarang masih lagi meninggalkan kenangan manis persahabatan kita.... bukan meratap...tapi aku masih memerlukan masa.....

masih lagi menyimpan gambar-gambar kau....aku tak mampu buang... masih lagi tak membaca sebarang akhbar sehingga kini.......aku punya kurang kekuatan untuk melihat akhbar buat masa ini.....barang pemberian kau.... aku bagi seseorang untuk pegang....aku tak mampu nak tengok...... whatapps kau...aku masih biarkan... itu adalah kenangan aku... sahabat sebaik kau..... seceria kau...sukar untuk aku dapat serupa macam kau.... aku menghargainya..... baru aku tahu erti kehilangan seorang teman...... yang selama ini aku nafikan kewujudan kau separuh dari hidup aku......

semoga kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amin.....

Thursday 20 September 2012

sahabat

qiarisyadealeiya



Assalamualaikum…..

Aku…. Terima ini seadanya….. kau kawan yang baik yang pernah aku ade…kau tau lah aku ni kan… bukan nya ramai sangat orang yang sudi sangat nak berkawan dengan aku ni…. Tapi kau tak pernah kesah pon sape aku…. Buruk ke…hodoh ke… kau terima aku sebagai kawan kau seadanya…. Kadang-kadang rase cam kau terlabih caring pulak kat aku kan…. Tapi hari ni…. Aku dapat tau kau dah tak de….aku sangat terkejut….aku rasa macam mimpi… aku baru je lepas mengutuk ko…. Mengarut dengan ko…. Tiba-tiba…tengah hari je…aku dapat tau ko dah tak de???? Kenapa macam tu??? Pi… aku sangat menghargai kau….maafkan aku andai kata-kata aku pernah menyinggung perasaan kau….. pernah menyakitkan kau… aku tau… kau seorang teman yang baik…baik sangat dengan aku…. Kau tak pernah lupa untuk sentiasa mengingatkan aku tentang banyak perkara… pi…. Aku tau…lepas ni dah tak de lagi mesej selamat pagi kau…. Mesej kau mengacau aku…. Kadang-kadang kau telefon semata-mata nak mengutuk aku…. Thanks kau sudi ceriakan aku…. Pi….. aku tak pernah mimpi untuk kau meninggalkan kami dalam keadaan begini…. Aku tak pernah mimpi untuk  mendengar berita secepat ini…. Tapi …aku tahu…tuhan maha kaya… dia lebih sayang kan kau….. pi…..terima kasih kerana membuatkan aku terus kekal dengan dia…terima kasih kerana menemukan kami….pi terima kasih kerana mencipta keriangan buat kami… pi …terima kasih untuk apa yang telah kau buat untuk aku dan yang lain… kau sahabat yang sangat baik pi…. Jujur aku katakana…. Aku telah kehilangan seorang yang sangat prihatin ….bersusah demi sahabat yang lain…. Sangat tinggi semangat persahabatan kau pi….. aku ingat lagi saat kau habis kursus waktu insep dlu… kau dating dengan hon panjang di luar rumah sewa kami…. Aku keluar dengan bebelan yang jutaan…tapi kau gelak jerk…. Sempat lagi kau tunjuk sijil kat aku….konon…. kan…. Mementang lah aku tak terpilih nak pegi….. aku ingat lagi… time kiteorang kirim makanan kat ko…konon nak makan malam….. sekali kau antar makan pukul 12tgh malam….alasan ko…. Tengok bola…..fuhhhhhhhh memang time tu rase nak je tendang ko sampai kedah…hihi ….tapi kau gelak je…. Kau memang tak lekang dengan gelak tawa…kami yang nak marah kop on tak jadi nak marah hihihiihii…..pi…. banyak sangat kenangan kita semua sebagai kawan kan pi….jatuh bangun…kau tak pernah lupa kawan-kawan kau…. Terima kasih pi untuk semua yang telah kau buat untuk kawan-kawan kau ni….. aku dan yang lain pasti akan merasai kehilangan kau….doa  kami… semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh… bagi kami, kau tak pernah ada kesalahan dengan kami….dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau disana…amin….

Al Fatihah untuk Allahyarham HANAFI ABDULLAH 20/9/2012 (KHAMIS)

note : setiap yang hidup pasti akan kembali disisinya....cuma masa yang menentukan segalanya...
 

Monday 17 September 2012

dup...dap....debar...

qiarisyadealeiya

okeh hari ni....qiarisy agak runsing..... esok ada interview SPA.... ouh...hopefully everything ok....
psikologinya memang begini....bila time handle orang interview....bukan main lagi qiarisy nasihat lah...bagi semangatlah......tapi bila kena kat diri sendiri...adus..makan tak lalu....kepala pusing...pusing nambak bulan bintang segala bagai...hihi secara teknikalnya pula..... okes.....bila time handle orang lain interview.... senyum sampai telinga...punya lah tak nak bagi orang lain tengok kita ni sombong dan secara automatiknya...debaran si temuduga pon makin kencang...tapi ..bila kena kat diri sendiri....makkkkkkk tolonglah anakmu ini...rasanya seperti mau pengsan..... jantung berdegup macam baru lepas marathon.... oh.... tidak.........

pape pon....doakan yang terbaik untuk qiarisy ye..... if ada rezeki...qiarisy ada sedikit niat.... harap termakbul.... insyaallah...kalau rezeki tak kemana....amin...


note : hidup adalah anugerah yang tidak terhingga, takdir adalah lumrah, harapan adalah satu kemestian, impian adalah untuk digapai...cita-cita merupakan satu pengorbanan, doa pemangkin segala..... kesyukuran serta keimanan hanya kepada-nya......wassalam....

Monday 10 September 2012

jodoh?

qiarisyadealeiya

yes....... saya rase nak menulis lagi...hurm banyak betul mood menulis bulan nih erk.... its alright... just go on....hihihihihi hari ni... tengok potret-potret perkahwinan seorang rakan yang pernah sama-sama berjuang demi SPM dulu ( ok...ok.. qiarisy masa tu tak brape nak berjuang sangat kot hihi) potret perkahwinan...sangat cantik....auch...terkesima sekejap bila melihat warna warni itu.... hihihi saya masih rase yang saye ni still 18....huhuhu  tapi.... realiti????? lepas seorang....seorang rakan seusia menamatkan zaman bujang.... me??? urm...soalan cepumas yang masih sampai sekarang tak de jawapan lagi.... belum jodoh.... (^^,)

okey....okey..kadang-kadang memang terasa nak juga melalui saat macam tu....dimiliki dengan sah...right?? sape tak nak kan.....tapi bila difikir-fikirkan balik..mampu ke? layak ke? bersedia kah? and macam2 lagi.... tapi itulah cabaran kalau nak mendirikan sebuah masjid kan..... manelah ada hidup yang sempurna 100% kan??? paling-paling sempurna pon....0.000000000000000001 mesti ada jugak kurangnya....hihi ke salah pendapat qiarisy? n one more thing..... calon tak de lagi lor... huhuhuuhuhuhuhuhuuhu okes....

kat bawah ni ada link yang menerangkan serba sedikit mengenai ciri-ciri isteri yang baik dalam islam...... banyak lagi yang perlu qiarisy baiki kalau cite-cite nak jadi isteri tu mengada-ngade bertenggek kat otak ni ha...hihi

http://addienblog.blogspot.com/2011/07/ciri-ciri-isteri-yang-baik-dalam-islam.html

dan qiarisy tahu... yang diri inni masih banyak yang tidak sempurna... jadi biarlah sedikit kesempurnaan itu ditampal agar tak nampak ketara cacat nya tak gitu? hihi .....




note : dalam hidup ni.... ada kesempurnaan yang kita selalu kita nampak sebagai satu kekurangan...maka kita pon sentiasa lah... mencari-cari dimana kesempurnaan itu tersembunyi...walhal...ia ada didepan mata.... tak perlu dicari...hanya perlu digilap dan dipelihara agar bertambah indah kesempurnaan tersebut... wassalam

Wednesday 5 September 2012

hari ini

qiarisyadealeiya

hei....qiarisy hadir lagi... assalamualaikum..... auch... tangan laju nak menulis..... okeh2 idea sebenarnya tak banyak mane pon.... tapi memang terase nak menaip...oiiiii qiarisy... awak tak jemu-jemu lagi ker seharian menaip kat opis... hihi....

tarik nafas dalam...dalam...... hihihi biarkan.... jari ini terus menerus menari dengan gaya tersediri... lately... ramai rakan-rakan sebaya dan seusia aku yang dah pon selamat mendirikan masjid.... sungguh pantas mas berlalu... bagai semalam baru je main pondok-pondok hihi''...

untuk qiarisy?? okeh masenye masih belum tiba mungkin... masih banyak impian yang belum tertunai....masih ada yang perlu digapai....jadi... biarkan dulu rasa itu tersimpan di suatu sudut dan akan dihamburkan andai tiba saatnya nanti....

tengah hari tadi ada seorang rakan bertanya kepada sorang ustaz mengenai satu perkara yang qiarisy kira sangat sepadan dengan situasi yang sering diantara kita lalui...

persoalannya lebih kurang begini :

'ustaz macam mana kita nak tahu yang orang tu suka dengan kita atau tak (dalam erti kata lain suka berkawan dengan seikhlasnya atau hanya mahu mempergunakan kita sahaja)'

jadi ustaz pon dengan lebar senyuman, memberi pendapat yang qiarisy kira bagus untuk kita sebagai insan yang masih bertatih dalam kehidupan mengerti...

kata ustaz : kita tak perlu tahu orang suka berkawan dengan kita atau tidak, atau sebab apa dia sudi berkawan dengan kita,cukup sekadar kita sendiri mempunyai keikhlasan dalam persahabatan.

ya... mungkin jika kita tahu segala-galanya mungkin tiada kemisterian dalam kehidupan ini, dan mungkin andai kita tahu rahsia disebalik persahabatan itu kita, kita tidak pernah akan cuba menerokai sesuatu yang unik yang kita sendiri tidak ketahui.

bagi qiarisy, setiap orang mempunyai kisah silam sama ada baik atau buruk, manis atau pahit, masam atau masin.... setiap kisah pasti akan ada cerita tersendiri bukan?? jadi tidak seharusnya kisah silam yang buruk mencerminkan diri sesorang itu juga buruk tatkala saat ini... pemikiran yang kritis untuk kita rungkaikan jika itu yang ada didalam pemikiran setiap individu. kita semua manusia yang punya kekhilafan sendiri. yang menentukan siapa kita pada qiarisy bukanlah siapa dia sebelum ini, apa kisah silamnya sebelum ini tapi siapa kita sekarang..masih sama seperti dahulu? atau sudah meningkat ke aarah fasa yang lebih baik.


note: wink* qiarisy ohhhh qiarisy... awak melalut lagi..... ehem... ya.... melalut sendiri lebih bagus daripada mengumpat keji.... dari mengumpat timbul fitnah...dari fitnah timbul hasad dengki..kemudian datanglah lah pula amarah........itu lah kerjanya si nates.... minta dijauhkan dalam kehidupan seharian kita semua kan....

-hidup yang terbaik adalah hidup yang sentiasa mencari keberkatan dalam kamus perjalanan kehidupannya walaupun dahulu dia adalah seorang yang buruk masa lampaunya, kelam dahulunya....betul??-

Tuesday 4 September 2012

catatan karut mungkin????

qiarisyadealeiya

okeh... menu yang spesel untuk orang yang get flu cam qiarisy hari ni adalah.....BUBUR NASI + IKAN BILIS GORENG HANCUR.... makan tanpa perlu mengunyah... telan...telan dan telan...

auch lelangit merekah, hidung tersumbat, mata berair, tekak sakit n + + + okeh....cukup menyenaraikan apa pon.... hihi sesungguhnya kalau kita sakit ia dapat menghapuskan dosa-dosa kecil kita... jadi sabarlah duhai jiwa, redhalah duhai jiwa.....kuatlah wahai nurani.... demam je pon....

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”
(HR. Bukhari-Muslim)

kadangkala kita bukan untuk tunjuk lagak baik, bukan juga terlalu alim.... tapi terkadang... kita cuma teringin untuk berkongsi apa yang kita tahu agar ilmu itu terus berkembang dengan jayanya.....

pesan ibunda, jagalah diri agar kita sentiasa berada dibawah lindungannya, bertindak mengikut kata hati agar kita selesa dengan perjalanan hidup yang kita redahi... melalui tanpa perlu menjadi seorang yang hipokrit. bukan bertindak dengan hanya bertopengkan akal tapi hanya  menggunakan otak, oh....itu bukan pemikiran seorang insan yang sempurna ciptaan tuhan.

bersyukur lebih baik daripada terus-terusan mengeluh..... tapi lumrah sebagai manusia...itu kelemahan kita...tak pernah cukup dengan apa yang kita ada... tapi sedarlah bahawa itu hanya salah satu bingkisan dalam kehidupan yang perlu kita pilih untuk menyelami kebaikan disebalik segalanya....


note: hidup adalah satu anugerah yang indah perlu dihargai.... tak perlu hipokrit.... just go it throught..... jangan bengkanng-bengkok....daaaaaa wasssalam...