Monday 21 January 2013

wajarkah

qiarisyadealeiya

perasaan.....

-wajarkah sesoranng itu merasa tersisih tatkala si ibu langsung tak pernah ingat akan makanan kegemarannya?
-wajarkah si anak memendam rasa tatkala si ibu tidak menghiraukan kepulangannya? bukan minta di angkat setinggi mana, cukup hanya ucapan syukur atas kepulangannya....
-wajarkah si anak gundah gulana pabila cuba memberi secebis bantuan untuk membawa si ayah membeli keperluan dapur tapi tidak diendahkannya?? masih mahu untuk pergi dengan orang lain??
-wajarkan si anak sengsara jiwanya pabila hatinya terusik akan kata-kata yang kurang enak didengar datang daripada si ibu ?? bukan mengeji cuma kata-kata yang sedikit mengguris jiwa....mungkin nasihat barangkali...
-wajarkah .... wajarkah untuk beberapa perkara itu ?? untuk si anak terus merasa setiap kali kepulangannya ke kampung halaman tercinta?? wajarkah untuk dia memulakan coretan untuk meluahkan rasa hatinya?? wajarkan dia merasai sebegitu???

"mungkin kewajaran itu perlu jika dipandang dari satu sudut kesedaran iaitu realitinya dia hanya Anak Angkat pada keluarga tersebut, tetapi jika dipandang daripada satu sudut berlainan, mungkin ianya adalah tindakan yang tidak wajar kerana dia perlu sedar siapa dirinya, berdirinya dia di sini, bernafasnya dia di dunia ini adalah kerana kedua orang tua itu yang telah sudi membesarkanyya sehingga menjadi seorang manusia kerdil di bumi ini"



note : mungkin kekurangan itu boleh kita tutup tirainya dengan kelbihan yang pernah dia lakarka, sentiasalah memandang ke arah kanan anda kerana disitu datangnya sudut positif fikiran, memandang kekiri anda pula hanya perlu jika ia sekadar untuk dijadikan panduan bagi memperbaiki kesilapan yang pernah tercalit ketika waktu jahil mengintai kehidupan"


Wednesday 16 January 2013

kisah si ikan

qiarisyadealeiya

salam.....

balik dari kerja.....awal hari ni....seawal 5.01petang dah punch card huhuhuhuuhuhuhu yes...misi untuk balik awal berjaya.....hiihi...tengah keluar dari simpang... teringat pulak kat kucing 2 ekor...tak bela pon...tapi sejak pindah rumah ni...memang setiap kalli balik kerja ...buka je pintu belakang bukan mein dah siap tunggu...hihihihihi jadi nak jadikan cerita, petang tadi....terfikir nak bagi makan apa lah kat kucing 2 ekor tu hari ni erk.... hurm...sambil odw balik rumah...apelah nak bagi...kat rumah tu cam tak de pape jep...takkan nak bagi mamee lagi...hihi....pikir punye pikir.....last sekali buat u-turn patah balik ....pegi tunas manje konon nak beli ikan....hihihiihi sampai2 je...tak tahu pulak kucinng ni makan ikan pe... hihihi (kucing memilih ikan ke??) hihi....pilih punye pilih...dapatlah 5 ekor ikan selar kuning ...ok lah tu daripada tak de langsung kan.... so, sampai je rumah terus rebus, siap rebus...buka je pintu dapur terus nampak 2 ekor budak nakal tu dah ngiaw....ngiaw....panggil...hihi selere sungguh makan nampaknya menu baru hari ni...hihi seronok pulak nampak dok makan sungguh-sungguh tu....
 
..............the end............

note : rasenye tak salah kite berkongsi rezeki walaupun tak banyak kan....wassalam

Sunday 13 January 2013

pendapat cuma...

qiarisyadealeiya

mentaliti?

berkongsi pendapat bukan menghukum okeh??

melihatkan kepada perhimpunan pada 12 januari 2013..... nasib baik perhimpunan tu tak macam masa time bersih hari tu kan... rasenya tak lah dengar ada sebarang keganasan berlaku...tapi tak tahulah kalau ada yang qiarisy terlepas pandang.... okey itu bukan yang qiarisy nak luahkan...tapi mengenai beberapa perkara yang ingin qiarisy kupaskan .... bukan untuk menunjuk pandai...tapi andai tersalah pendapat ini... BETULKAN lah... agar qiarisy tahu apa yang salah....

1) ketika perhimpunan itu... ramai qiarisy tengok, sama ada dalam berita atau blog2 yang menunjukkan kanak-kanak turut dibawa terlibat sekali dalam perhimpunan itu..... kesian tengok...budak-budak kecil yang sepatutnya menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga terlibat sama dalam agenda yang mereka sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya...... sepatutnya hujung minggu diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan lebih bermanfaat.... kesian mereka....berpanas terik ..... kanak-kanak ...apa sangat yang mereka faham?? fikirkan rutin mereka...bagi kanak-kanak yang bersekolah....hujung minggu adalah waktu untuk berehat tetapi diasak dengan kepadatan manusia di dalam mahupun di luar stadium.... mungkin ini adalah cara untuk ibu bapa mereka meluahkan berkenaan perjuangan mereka...tetapi sedarkah bahawa anak adalah kain putih yang perlu dicorakkan sebaik mungkin.... jika dari kecil mereka diajar dengan asuhan yang tidak sesuai dengan usia mereka, mungkin itu akan menimbulkan kekeliruan bagi mereka mana satu yang perlu untuk diikuti,,, mana satu yang benar?? beginikah? begitukah? atau lama-kelamaan apabila mereka membesar dengan cara itu, tidak mustahil ianya menjadi satu tradisi bagi mereka. fikirkanlah sebaiknya sebelum bertindak..... mungkin para ibu bapa yang terlibat mempunyai ALASAN yang lebih kukuh mengapa situasi ini terjadi.... tapi sekali lagi qiarisy ulang yang itu hanyalah sekadar PENDAPAT dari qiarisy yang hanya sekadar pemerhati

2) ada seorang isan dikampung terlalu ketara sifatnya yang tidak menyokong kerajaan, serba tidak kena pada pandangannya, itu salah...ini salah..... tapi qiarisy selalu terfikir..... kalau dah semua yang kerajaan buat itu adalah salah, tak betul, tak sesuai dan pelbagai lagi alasannya..... mengapa setiap kali ada bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan dia adalah orang yang PERTAMA mengambilnya???? merebutnya??? sebagai contoh, bantuan persekolahan mahu, baucer telefon mahu, baucer buku pon mahu walaupun anaknya sahaja yang sekolah....... bantuan RM500 mahu, pendek kata...semua bantuan yang dihulurka oleh kerajaan semua hendak disapunya. ... jika tidak terpilih, mulalah diarak satu kampung ketidak puasan hatinya itu...... hermmmmm apa ye...yang tersirat dan tersurat dihati dia........ADA PENDAPAT?????

okey...... cukuplah dulu sekadar dua sahaja.... marilah kita renungkan bersama, andai ada pendapat... bolehlah kita berkongsi bersama k.....wassalam

note : kehidupan itu indah..... jika perisa serta campurannya adalah cukup lengkap , tulus dari hati murni dari nurani...diredhai illahi.....

Tuesday 1 January 2013

momentum kehidupan

qiarisyadealeiya

sebelum tidur..... elakkan daripada memikirkan sebarang masalah... sebelum tidur....... sebaliknya fikirkan penyelesainnya ketika memulakan hari baru anda agar hari baru itu menjadi hari hari yang lebih baik daripada hari sebelumnya.......

pernah tak terfikir mengenai momentum kehidupan? ya... hidup juga ada momentum tersendiri..... perlu diimbangi supaya tidak tenggelam dek arus yang andai tersilap haluannya pasti akan menerjah ke lembah yang sukar untuk didominasi semula keseimbangannya. momentum yang perlu disirami dengan jerih kehidupan .....momentum yang perlu dibaja dengan kesungguhan...momentum yang perlu di selangi keindahan dengan kegemilangan pengisiannya....

carilah diri agar lebih menghargai....
milikilah hati agar lebih menyayangi...
taklukilah hati agar lebih mengetahui....
bundarkan mata agar pandangan diluasi....
lebarkan langkah agar lebih merasai....

erti disebalik sebuah kehidupan.....