Assalamualaikum…..
Aku…. Terima ini seadanya….. kau kawan yang baik yang pernah
aku ade…kau tau lah aku ni kan… bukan nya ramai sangat orang yang sudi sangat
nak berkawan dengan aku ni…. Tapi kau tak pernah kesah pon sape aku…. Buruk
ke…hodoh ke… kau terima aku sebagai kawan kau seadanya…. Kadang-kadang rase cam
kau terlabih caring pulak kat aku kan…. Tapi hari ni…. Aku dapat tau kau dah
tak de….aku sangat terkejut….aku rasa macam mimpi… aku baru je lepas mengutuk
ko…. Mengarut dengan ko…. Tiba-tiba…tengah hari je…aku dapat tau ko dah tak
de???? Kenapa macam tu??? Pi… aku sangat menghargai kau….maafkan aku andai
kata-kata aku pernah menyinggung perasaan kau….. pernah menyakitkan kau… aku
tau… kau seorang teman yang baik…baik sangat dengan aku…. Kau tak pernah lupa
untuk sentiasa mengingatkan aku tentang banyak perkara… pi…. Aku tau…lepas ni
dah tak de lagi mesej selamat pagi kau…. Mesej kau mengacau aku…. Kadang-kadang
kau telefon semata-mata nak mengutuk aku…. Thanks kau sudi ceriakan aku…. Pi…..
aku tak pernah mimpi untuk kau meninggalkan kami dalam keadaan begini…. Aku tak
pernah mimpi untuk mendengar berita
secepat ini…. Tapi …aku tahu…tuhan maha kaya… dia lebih sayang kan kau…..
pi…..terima kasih kerana membuatkan aku terus kekal dengan dia…terima kasih
kerana menemukan kami….pi terima kasih kerana mencipta keriangan buat kami… pi
…terima kasih untuk apa yang telah kau buat untuk aku dan yang lain… kau
sahabat yang sangat baik pi…. Jujur aku katakana…. Aku telah kehilangan seorang
yang sangat prihatin ….bersusah demi sahabat yang lain…. Sangat tinggi semangat
persahabatan kau pi….. aku ingat lagi saat kau habis kursus waktu insep dlu…
kau dating dengan hon panjang di luar rumah sewa kami…. Aku keluar dengan
bebelan yang jutaan…tapi kau gelak jerk…. Sempat lagi kau tunjuk sijil kat
aku….konon…. kan…. Mementang lah aku tak terpilih nak pegi….. aku ingat lagi…
time kiteorang kirim makanan kat ko…konon nak makan malam….. sekali kau antar
makan pukul 12tgh malam….alasan ko…. Tengok bola…..fuhhhhhhhh memang time tu
rase nak je tendang ko sampai kedah…hihi ….tapi kau gelak je…. Kau memang tak
lekang dengan gelak tawa…kami yang nak marah kop on tak jadi nak marah
hihihiihii…..pi…. banyak sangat kenangan kita semua sebagai kawan kan pi….jatuh
bangun…kau tak pernah lupa kawan-kawan kau…. Terima kasih pi untuk semua yang
telah kau buat untuk kawan-kawan kau ni….. aku dan yang lain pasti akan merasai
kehilangan kau….doa kami… semoga kau
ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh… bagi kami, kau tak pernah ada
kesalahan dengan kami….dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau
disana…amin….
Al Fatihah untuk Allahyarham HANAFI ABDULLAH 20/9/2012
(KHAMIS)
note : setiap yang hidup pasti akan kembali disisinya....cuma masa yang menentukan segalanya...
No comments:
Post a Comment