Sunday, 13 January 2013

pendapat cuma...

qiarisyadealeiya

mentaliti?

berkongsi pendapat bukan menghukum okeh??

melihatkan kepada perhimpunan pada 12 januari 2013..... nasib baik perhimpunan tu tak macam masa time bersih hari tu kan... rasenya tak lah dengar ada sebarang keganasan berlaku...tapi tak tahulah kalau ada yang qiarisy terlepas pandang.... okey itu bukan yang qiarisy nak luahkan...tapi mengenai beberapa perkara yang ingin qiarisy kupaskan .... bukan untuk menunjuk pandai...tapi andai tersalah pendapat ini... BETULKAN lah... agar qiarisy tahu apa yang salah....

1) ketika perhimpunan itu... ramai qiarisy tengok, sama ada dalam berita atau blog2 yang menunjukkan kanak-kanak turut dibawa terlibat sekali dalam perhimpunan itu..... kesian tengok...budak-budak kecil yang sepatutnya menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga terlibat sama dalam agenda yang mereka sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya...... sepatutnya hujung minggu diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan lebih bermanfaat.... kesian mereka....berpanas terik ..... kanak-kanak ...apa sangat yang mereka faham?? fikirkan rutin mereka...bagi kanak-kanak yang bersekolah....hujung minggu adalah waktu untuk berehat tetapi diasak dengan kepadatan manusia di dalam mahupun di luar stadium.... mungkin ini adalah cara untuk ibu bapa mereka meluahkan berkenaan perjuangan mereka...tetapi sedarkah bahawa anak adalah kain putih yang perlu dicorakkan sebaik mungkin.... jika dari kecil mereka diajar dengan asuhan yang tidak sesuai dengan usia mereka, mungkin itu akan menimbulkan kekeliruan bagi mereka mana satu yang perlu untuk diikuti,,, mana satu yang benar?? beginikah? begitukah? atau lama-kelamaan apabila mereka membesar dengan cara itu, tidak mustahil ianya menjadi satu tradisi bagi mereka. fikirkanlah sebaiknya sebelum bertindak..... mungkin para ibu bapa yang terlibat mempunyai ALASAN yang lebih kukuh mengapa situasi ini terjadi.... tapi sekali lagi qiarisy ulang yang itu hanyalah sekadar PENDAPAT dari qiarisy yang hanya sekadar pemerhati

2) ada seorang isan dikampung terlalu ketara sifatnya yang tidak menyokong kerajaan, serba tidak kena pada pandangannya, itu salah...ini salah..... tapi qiarisy selalu terfikir..... kalau dah semua yang kerajaan buat itu adalah salah, tak betul, tak sesuai dan pelbagai lagi alasannya..... mengapa setiap kali ada bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan dia adalah orang yang PERTAMA mengambilnya???? merebutnya??? sebagai contoh, bantuan persekolahan mahu, baucer telefon mahu, baucer buku pon mahu walaupun anaknya sahaja yang sekolah....... bantuan RM500 mahu, pendek kata...semua bantuan yang dihulurka oleh kerajaan semua hendak disapunya. ... jika tidak terpilih, mulalah diarak satu kampung ketidak puasan hatinya itu...... hermmmmm apa ye...yang tersirat dan tersurat dihati dia........ADA PENDAPAT?????

okey...... cukuplah dulu sekadar dua sahaja.... marilah kita renungkan bersama, andai ada pendapat... bolehlah kita berkongsi bersama k.....wassalam

note : kehidupan itu indah..... jika perisa serta campurannya adalah cukup lengkap , tulus dari hati murni dari nurani...diredhai illahi.....

No comments:

Post a Comment