Wednesday, 16 January 2013

kisah si ikan

qiarisyadealeiya

salam.....

balik dari kerja.....awal hari ni....seawal 5.01petang dah punch card huhuhuhuuhuhuhu yes...misi untuk balik awal berjaya.....hiihi...tengah keluar dari simpang... teringat pulak kat kucing 2 ekor...tak bela pon...tapi sejak pindah rumah ni...memang setiap kalli balik kerja ...buka je pintu belakang bukan mein dah siap tunggu...hihihihihi jadi nak jadikan cerita, petang tadi....terfikir nak bagi makan apa lah kat kucing 2 ekor tu hari ni erk.... hurm...sambil odw balik rumah...apelah nak bagi...kat rumah tu cam tak de pape jep...takkan nak bagi mamee lagi...hihi....pikir punye pikir.....last sekali buat u-turn patah balik ....pegi tunas manje konon nak beli ikan....hihihiihi sampai2 je...tak tahu pulak kucinng ni makan ikan pe... hihihi (kucing memilih ikan ke??) hihi....pilih punye pilih...dapatlah 5 ekor ikan selar kuning ...ok lah tu daripada tak de langsung kan.... so, sampai je rumah terus rebus, siap rebus...buka je pintu dapur terus nampak 2 ekor budak nakal tu dah ngiaw....ngiaw....panggil...hihi selere sungguh makan nampaknya menu baru hari ni...hihi seronok pulak nampak dok makan sungguh-sungguh tu....
 
..............the end............

note : rasenye tak salah kite berkongsi rezeki walaupun tak banyak kan....wassalam

Sunday, 13 January 2013

pendapat cuma...

qiarisyadealeiya

mentaliti?

berkongsi pendapat bukan menghukum okeh??

melihatkan kepada perhimpunan pada 12 januari 2013..... nasib baik perhimpunan tu tak macam masa time bersih hari tu kan... rasenya tak lah dengar ada sebarang keganasan berlaku...tapi tak tahulah kalau ada yang qiarisy terlepas pandang.... okey itu bukan yang qiarisy nak luahkan...tapi mengenai beberapa perkara yang ingin qiarisy kupaskan .... bukan untuk menunjuk pandai...tapi andai tersalah pendapat ini... BETULKAN lah... agar qiarisy tahu apa yang salah....

1) ketika perhimpunan itu... ramai qiarisy tengok, sama ada dalam berita atau blog2 yang menunjukkan kanak-kanak turut dibawa terlibat sekali dalam perhimpunan itu..... kesian tengok...budak-budak kecil yang sepatutnya menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga terlibat sama dalam agenda yang mereka sendiri tidak tahu pucuk pangkalnya...... sepatutnya hujung minggu diisi dengan aktiviti yang berfaedah dan lebih bermanfaat.... kesian mereka....berpanas terik ..... kanak-kanak ...apa sangat yang mereka faham?? fikirkan rutin mereka...bagi kanak-kanak yang bersekolah....hujung minggu adalah waktu untuk berehat tetapi diasak dengan kepadatan manusia di dalam mahupun di luar stadium.... mungkin ini adalah cara untuk ibu bapa mereka meluahkan berkenaan perjuangan mereka...tetapi sedarkah bahawa anak adalah kain putih yang perlu dicorakkan sebaik mungkin.... jika dari kecil mereka diajar dengan asuhan yang tidak sesuai dengan usia mereka, mungkin itu akan menimbulkan kekeliruan bagi mereka mana satu yang perlu untuk diikuti,,, mana satu yang benar?? beginikah? begitukah? atau lama-kelamaan apabila mereka membesar dengan cara itu, tidak mustahil ianya menjadi satu tradisi bagi mereka. fikirkanlah sebaiknya sebelum bertindak..... mungkin para ibu bapa yang terlibat mempunyai ALASAN yang lebih kukuh mengapa situasi ini terjadi.... tapi sekali lagi qiarisy ulang yang itu hanyalah sekadar PENDAPAT dari qiarisy yang hanya sekadar pemerhati

2) ada seorang isan dikampung terlalu ketara sifatnya yang tidak menyokong kerajaan, serba tidak kena pada pandangannya, itu salah...ini salah..... tapi qiarisy selalu terfikir..... kalau dah semua yang kerajaan buat itu adalah salah, tak betul, tak sesuai dan pelbagai lagi alasannya..... mengapa setiap kali ada bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan dia adalah orang yang PERTAMA mengambilnya???? merebutnya??? sebagai contoh, bantuan persekolahan mahu, baucer telefon mahu, baucer buku pon mahu walaupun anaknya sahaja yang sekolah....... bantuan RM500 mahu, pendek kata...semua bantuan yang dihulurka oleh kerajaan semua hendak disapunya. ... jika tidak terpilih, mulalah diarak satu kampung ketidak puasan hatinya itu...... hermmmmm apa ye...yang tersirat dan tersurat dihati dia........ADA PENDAPAT?????

okey...... cukuplah dulu sekadar dua sahaja.... marilah kita renungkan bersama, andai ada pendapat... bolehlah kita berkongsi bersama k.....wassalam

note : kehidupan itu indah..... jika perisa serta campurannya adalah cukup lengkap , tulus dari hati murni dari nurani...diredhai illahi.....

Tuesday, 1 January 2013

momentum kehidupan

qiarisyadealeiya

sebelum tidur..... elakkan daripada memikirkan sebarang masalah... sebelum tidur....... sebaliknya fikirkan penyelesainnya ketika memulakan hari baru anda agar hari baru itu menjadi hari hari yang lebih baik daripada hari sebelumnya.......

pernah tak terfikir mengenai momentum kehidupan? ya... hidup juga ada momentum tersendiri..... perlu diimbangi supaya tidak tenggelam dek arus yang andai tersilap haluannya pasti akan menerjah ke lembah yang sukar untuk didominasi semula keseimbangannya. momentum yang perlu disirami dengan jerih kehidupan .....momentum yang perlu dibaja dengan kesungguhan...momentum yang perlu di selangi keindahan dengan kegemilangan pengisiannya....

carilah diri agar lebih menghargai....
milikilah hati agar lebih menyayangi...
taklukilah hati agar lebih mengetahui....
bundarkan mata agar pandangan diluasi....
lebarkan langkah agar lebih merasai....

erti disebalik sebuah kehidupan..... 




Tuesday, 27 November 2012

realiti??

qiarisyadealeiya

memandang...menghargai anugerah pemandangan yang dikurniakan tuhan...alhamdulillah

balik kerja...kepla pusing-pusing ...perut sibuk jugak buat show free....argh... tak perlulah..... sambil drive.....toleh kanan....toleh kiri......kepala menerawang..... mau makan apa ya....ahakz..... makan je fikirnya.... so, singgah lah kedai untuk membeli belah.....kih3 telur aje yang dibelinya....aisy kau ni qiarisy..... tak habis-habis dengan menu same...biar lah ...janji aku makan....tak gitu? hihi

mata terpandang akan pakcik yang selalu mengayuh basikal....menjual beraneka jenis air termasuk air tebu...gigih dia.... tapi kali pemandangan yang aku selalu lihat itu bertambah panoramanya dengan kehadiran seorang anak peremapuannya yang aku jangka mungkin dalam lingkungan sekolah rendah....gigih membantu si ayah.. mengutip sisa-sisa buangan daripada batang tebu yang telah diproses.... bersungguh-sungguh...tiada langsung riak malu diwajahnya.... bangga aku rasa.... anak sekecil mungkin tidak tahu sepenuhnya mengenai erti kehidupan tetapi mula mempelajari  erti meringankan kesusahan si ayah..... moga anak itu menjadi seorang yang berguna di masa akan datang.... mengenal lebih mendalam erti kehidupan... merasai nikmat hidup yang perlu dikongsi bersama keluarga..... melihat keadaan itu... mata terpana  pula dengan kegigihan seorang hamba allah itu, mengutip kotak-kotak di tepi kedai runcit itu, lalu diikat dengan kemas supaya mudah untuk dibawa. gaya seorang bapa juga...mungkin mencari barang sedikit lebihan untuk rasa makan yang lebih baik daripada biasa....

begitu banyak kehidupan dan pelbagai cara untuk kita  terokai.....ada yang sempurna...ada yang perlu mencari dengan kesusahan dan pelbagai lagi.... teringat kehidupan ketika diusia kanak-kanak.... semangat keterujaan mengayuh basikal dibawah terik mentari demi RM2..... petai penuh dibakul malah juga di karya belakang basikal.... argh... rasa malu langsung tiada...yang ada...semangat untuk menghabiskan jualan.... masa tu....tiada lain difikiran melainkan.....andai jualan habis... aku pasti akan mendapat upah..... walaupun tidak sebanyak mana tapi jumlah itu cukup besar bagi aku.... diajar susah untuk mencari sedikit wang lebih...... teringat zaman kakak dan abangku yang menjual ciku diserata pelusuk kampung.... musim cuti sekolah adalah yang paling nikmat buat kami.... mencari duit saku.... menimba pengalaman erti kehidupan...

kata ayah supaya bila kami dah besar dan dewasa, kami akan pandai menilai erti rezeki halal maka dengan itu kamu pasti akan menghargai walau satu sen yang kamu terima. disaat itu, hargailah diri kamu dengan hasil usaha ikhlas kamu..... dan bukan mengharap ihsan lain tanpa kamu berusaha untuk mencari apa yang kamu mahu...jalan itu ada hanya perlu dicari, dipilih dan dinilai...maka andai pilihan pasti......jalanlan dengan jalan yang lurus dengan hati yang tawakal kepada ilahi....moga jalan yang dipilih membuahkan hasil yang baik buat kamu juga keluarga......

wassalam

Tuesday, 9 October 2012

hari ini dalam sejarah hihihihi

qiarisyadealeiya

hari ni.....qiarisy kembali duduk berseorangan kat rumah ni....housemate? ya....... baru sahaja meninggalkan rumah ni...dipagi yang dingin hari ni..... qiarisy pon tak tahu pe yang dah jadi.... kat mana silapnya.... dapat housemate yang macam ni....nasib baik seminggu sempat duduk kalau sebulan??? mau dah gaye tanggung bangkai bernyawa...."ok...bahasa agak kasar disitu" tapi itulah hakikatnya.... letak barang dah lah awal dari sepatutnya....masuk satu hb...janji nak bayar sewa time masuk....dah lah qiarisy tak kenakan sebarang diposit pon....itu pon dia tak nak bayar... dah masuk awal bulan....bayarlah.... ini tidak....dah duduk, tapi tak nak bayar..banyak pulak alasannya...ATM rosak lah...tunang tak bagi lagi duit, ayah tak sampai lagi nak datang kuantan lah.... macam-macam lagi...hurm..... qiarisy pon cakap kat dia.... kalau tak de duit keluarlah dari rumah...qiarisy malas nak pikir pe yang tak patot pikir.... tung tang tung tang.... dia still lagi tak nak bayar...macam-macam lagi alasan lah..... tapi masih duduk lagi....rumah qiarisy sehingga lah qiarisy mangga pintu guna mangga lain......sampai dia tak boleh masuk rumah "ok, sekali lagi tindakan kejam dilakukan" ok, qiarisy tak pernah bermaksud macam tu pon, tapi itu lah hakikatnya.... dan akhirnya.....dia keluar dari rumah dengan sejuta kesalahan yang diletakkan diatas bahu qiarisy....katanya, sewa patut bayar hujung bulan, qiarisy tak patot kunci pagar sampai dia tak boleh masuk....ok tak pe janji qiarisy tak tanggung dosa subahat apa yang dia buat, balik 3,4 pagi....kadang-kadang tak bali...mungkin bz sangat kot kerja kerajaan huhu yang paling best selalu tak kunci rumah.....macam qiarisy ni tunggul je kan...hurm...itulah dunia...kita niat baik nak tolong, tapi lain pulak jadinya.... ibarat kita yang memang sengaja nak cari musuh.... nak cari masalah....sebelum masuk bukan main merayu-rayu nak duduk rumah ni....macam2 janji tabur...last2? qiarisy yang kene tanggung semua..... pe cerita? huhu cerita agak bercelaru disini sebab qiarisy tak tahu nak cerita mana satu dulu.... banyak sangat storynya..... but hope fully ianya habis kat sini jerk.....qiarisy hidup sendiri...jadi datang keje jauh-jauh kat sini semestinya bukan untuk cari masalah...niat cuma satu ...tak lain tak bukan...nak cari rezeki yang halal.....

note : qiarisy minta sangat kat orang kat luar sana supaya lebih berhati-hati...jangan jadi macam pe yang dah jadi kat qiarisy.....wallahuallam......

Tuesday, 25 September 2012

kesan itu

qiarisyadealeiya

kesan dari itu, kosmo 21 september 2012, muka depan.....

aku sampai sekarang masih lagi meninggalkan kenangan manis persahabatan kita.... bukan meratap...tapi aku masih memerlukan masa.....

masih lagi menyimpan gambar-gambar kau....aku tak mampu buang... masih lagi tak membaca sebarang akhbar sehingga kini.......aku punya kurang kekuatan untuk melihat akhbar buat masa ini.....barang pemberian kau.... aku bagi seseorang untuk pegang....aku tak mampu nak tengok...... whatapps kau...aku masih biarkan... itu adalah kenangan aku... sahabat sebaik kau..... seceria kau...sukar untuk aku dapat serupa macam kau.... aku menghargainya..... baru aku tahu erti kehilangan seorang teman...... yang selama ini aku nafikan kewujudan kau separuh dari hidup aku......

semoga kau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman...amin.....

Thursday, 20 September 2012

sahabat

qiarisyadealeiya



Assalamualaikum…..

Aku…. Terima ini seadanya….. kau kawan yang baik yang pernah aku ade…kau tau lah aku ni kan… bukan nya ramai sangat orang yang sudi sangat nak berkawan dengan aku ni…. Tapi kau tak pernah kesah pon sape aku…. Buruk ke…hodoh ke… kau terima aku sebagai kawan kau seadanya…. Kadang-kadang rase cam kau terlabih caring pulak kat aku kan…. Tapi hari ni…. Aku dapat tau kau dah tak de….aku sangat terkejut….aku rasa macam mimpi… aku baru je lepas mengutuk ko…. Mengarut dengan ko…. Tiba-tiba…tengah hari je…aku dapat tau ko dah tak de???? Kenapa macam tu??? Pi… aku sangat menghargai kau….maafkan aku andai kata-kata aku pernah menyinggung perasaan kau….. pernah menyakitkan kau… aku tau… kau seorang teman yang baik…baik sangat dengan aku…. Kau tak pernah lupa untuk sentiasa mengingatkan aku tentang banyak perkara… pi…. Aku tau…lepas ni dah tak de lagi mesej selamat pagi kau…. Mesej kau mengacau aku…. Kadang-kadang kau telefon semata-mata nak mengutuk aku…. Thanks kau sudi ceriakan aku…. Pi….. aku tak pernah mimpi untuk kau meninggalkan kami dalam keadaan begini…. Aku tak pernah mimpi untuk  mendengar berita secepat ini…. Tapi …aku tahu…tuhan maha kaya… dia lebih sayang kan kau….. pi…..terima kasih kerana membuatkan aku terus kekal dengan dia…terima kasih kerana menemukan kami….pi terima kasih kerana mencipta keriangan buat kami… pi …terima kasih untuk apa yang telah kau buat untuk aku dan yang lain… kau sahabat yang sangat baik pi…. Jujur aku katakana…. Aku telah kehilangan seorang yang sangat prihatin ….bersusah demi sahabat yang lain…. Sangat tinggi semangat persahabatan kau pi….. aku ingat lagi saat kau habis kursus waktu insep dlu… kau dating dengan hon panjang di luar rumah sewa kami…. Aku keluar dengan bebelan yang jutaan…tapi kau gelak jerk…. Sempat lagi kau tunjuk sijil kat aku….konon…. kan…. Mementang lah aku tak terpilih nak pegi….. aku ingat lagi… time kiteorang kirim makanan kat ko…konon nak makan malam….. sekali kau antar makan pukul 12tgh malam….alasan ko…. Tengok bola…..fuhhhhhhhh memang time tu rase nak je tendang ko sampai kedah…hihi ….tapi kau gelak je…. Kau memang tak lekang dengan gelak tawa…kami yang nak marah kop on tak jadi nak marah hihihiihii…..pi…. banyak sangat kenangan kita semua sebagai kawan kan pi….jatuh bangun…kau tak pernah lupa kawan-kawan kau…. Terima kasih pi untuk semua yang telah kau buat untuk kawan-kawan kau ni….. aku dan yang lain pasti akan merasai kehilangan kau….doa  kami… semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh… bagi kami, kau tak pernah ada kesalahan dengan kami….dan aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kau disana…amin….

Al Fatihah untuk Allahyarham HANAFI ABDULLAH 20/9/2012 (KHAMIS)

note : setiap yang hidup pasti akan kembali disisinya....cuma masa yang menentukan segalanya...